Program Ijazah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Program Ijazah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) seterusnya Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) adalah salah sebuah universiti awam di Malaysia. Universiti Sultan Zainal Abidin menawarkan pelbagai program pengajian di pelbagai peringkat.

Universiti Sultan Zainal Abidin menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, untuk rujukan berikut adalah senarai program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di Universiti Sultan Zainal Abidin.

Pengajian Kontemporari Islam
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Al-Quran & As-Sunnah (Qiraat) dengan Kepujian

Ekonomi & Sains Pengurusan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam dengan Kepujian

Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian

Informatik & Komputeran
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian

Bahasa & Komunikasi
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dengan Kepujian

Reka Bentuk Inovatif & Teknologi
Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk)

Perubatan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan

Farmasi
Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

Sains Kesihatan
Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengimejan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan (Kepujian)

Biosumber & Industri Makanan
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Akuatik
Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani dengan Kepujian

Sains Sosial Gunaan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian

Dikuasakan oleh Blogger.