Mistɛri Kesan Tompokan D4rah Di Ruangan Mesin ATM Terungkai



Mistɛri tompokan dArah di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan SS 2/60, Petaling Jaya hingga menyebabkan orang ramai pAnik dan mendakwa berlakunya rompAkan di kawasan itu tidak benar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asiten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan tompokan dArah itu jam 10.15 malam namun hasil siasatan mendapati ia bukanlah kes rompAkan seperti ditularkan.

"Sebaik menerima panggilan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tompokan merah dipercayai dArah di dalam ruangan bank itu, namun tiada saksi yang melihat sebarang kejadian jenAyah berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bank itu mendapati terdapat seorang lelaki warga emas tempatan dianggarkan berusia antara 60-an hingga 70-an memasuki bank itu.

"Lelaki warga emas terbabit dilihat melakukan transaksi di mesin ATM di dalam bank berkenaan. Ketika lelaki itu beredar, kami mendapati ada tompokan dArah di bawah bahagian kaki kanannya.

"Hasil rakaman itu, kami percaya lelaki berkenaan mengalami kecɛderaan terlebih dahulu sebelum memasuki bank.

"Justeru itu, kami menafikan kononnya berlaku kejadian rompAkan di bank berkenaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu di media sosial sebelum mengetahui kesahihannya kerana boleh menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat.

"Mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Terdahulu, gambar tompokan dArah di bank terbabit yang didakwa berlaku kejadian rompAkan hingga mengakibatkan kecɛderaan orang awam dimuat naik di media sosial dan tular, hari ini.

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close