Doktor Ini Dedah Kesan Tidak Memberus Lidah Ketika Memberus Gigi

 


Penjagaan gigi dan mulut sememangnya telah diterapkan dalam diri setiap orang sejak dari kecil lagi. Malah, tadika dan sekolah rendah juga sering mengadakan program bagi membantu anak-anak kecil menjaga gigi dan memberus gigi dengan betul.

Pun begitu, memberus gigi sahaja tidak cukup. Anda perlu mengetahui mengenai masalah mulut berbau yang mungkin disebabkan oleh cara memberus gigi yang salah.

Perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang doktor gigi, Dr Khairul Izwan ini akan menyingkap mengenai cara memberus gigi dengan berkesan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Tahukah anda, purata rakyat Malaysia memberus gigi adalah kurang daripada 1 minit setiap hari?

Malah ada sebahagian daripada kita yang hanya memberus gigi dalam masa di bawah 10 saat!

Dan yang paling ramai sekali adalah tidak memberus permukaan lidah yang mana lidah merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah bau mulut.

Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda memberus gigi dalam tempoh masa yang terlalu singkat, tidak semua permukaan gigi anda dapat dibersihkan terutama di bahagian yang agak tersorok terutamanya di celah-celah gigi serta pada bahagian gigi geraham yang paling belakang.

Kerana itulah masih ada yang mengalami kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi setiap hari.

Bagaimana cara memberus gigi yang berkesan?

- Memberus gigi perlu anda lakukan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 2-4 minit setiap sesi.

- Disarankan untuk memberus gigi pada waktu pagi dan pada waktu malam SEBELUM tidur. Amalkan juga berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan terutama ketika anda di tempat kerja/makan di luar.

- Anda juga perlu memberus gigi pada setiap permukaan gigi termasuk gigi yang paling belakang. Jangan berus gigi pada permukaan luar sahaja dan biarkan bahagian dalam tanpa diberus!

- Gunakan berus gigi yang lembut dan elakkan penggunaan berus gigi yang keras untuk mencegah terjadinya hakisan gigi.

- Jangan lupa untuk turut sama memberus permukaan lidah anda.

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close