Khairul Idham Pawi Nekad Potong Jari Kelingking Demi Kerjaya Permotoran

 


Keputusan memotong jari kelingking kanan merupakan pengorbanan besar untuk Khairul Idham Pawi dalam karier perlumbaannya. Ini dilakukan demi masa depannya dalam arena sukan permotoran yang didominasinya.

Pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing itu nekad dengan keputusannya itu apabila mengalami kecɛderaan di jari sama ketika Grand Prix (GP) Republik Czech awal bulan ini. Khairul juga mengalami retak serius ketika menyertai saingan kelas Moto2 di sesi latihan bebas GP Sepanyol 2019. Khairul terpaksa diketepikan daripada saingan kelas pertengahan sehingga hujung 2019 selepas menjalani dua pembedahan bagi memperbaiki struktur jari.

"Saya okey selepas pembedahan dan (keadaan) jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan.

"Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini.

"Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian (ketika menunggang).

"Seperti sebelum ini ketika jari lurus (tak boleh bengkok), saya selalu juga memikirkan sekiranya jatuh, tentunya akan ada masalah dengan jari itu. Jadi saya perlu sentiasa berhati-hati.

"Sekarang ini, saya harap tidak akan ada gangguan lagi pada jari dan saya akan berjumpa dengan doktor selepas ini untuk melihat keadaannya. Saya harap ia dapat pulih dengan cepat bagi membolehkan saya memberi tumpuan kepada latihan dan juga perlumbaan seterusnya di Misano nanti.

Terkenal dengan julukan SuperKIP itu menyaksikan dia kembali beraksi dalam saingan kompetitif di GP Qatar awal Mac lalu di mana saingan kali terakhir yang disertainya adalah pada 2016 yang menyaksikannya berjaya merangkul dua kemenangan di GP Argentina dan Jerman.

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close