Perak, Pahang & Negeri Sembilan Dalam Status Berjaga-Jaga Gelombang Haba

 


Gelombang haba yang melanda Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu dengan mencatat suhu cecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius. Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mencatatkan tiga buah negeri meliputi lima daerah berada pada tahap 1 iaitu berjaga-jaga. Kawasan yang tersenarai termasuk Batang Padang, Temerloh, Pekan, Jempol dan Port Dickson.


Didapati tiga buah negeri meliputi lima daerah termasuk Besut, Temerloh, Segamat, Jempol dan Batang Padang berada pada tahap 1 iaitu berjaga-jaga. Suhu maksimum harian dicatatkan pada tahap 35 darjah Celcius hingga 27 darjah Celcius. Keadaan ini dipercayai akan berlarutan sehingga tiga hari berturut-turut.


Sementara itu, negeri Sarawak dan Sabah pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius. Gelombang haba yang melanda Malaysia ini dijangka berterusan sehingga tiga hari berturut-turut.

 
Memetik kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menyifatkan Malaysia menerima kesan daripada letusan Gunung berapi Sinabung yang berlaku di Indonesia. Asap debu dari Gunung Sinabung yang berlaku pada 10 Ogos 2020 sekitar jam 11.37 pagi itu dijangka memasuki ruang udara Malaysia.

Kementerian Alam Sekitar dan Air menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan dengan memakai pelitup muka dan peka dengan info yang akan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close