Rahsia Tugu Negara Yang Masih Ramai Lagi Tidak Tahu

 


Ramai yang sedar akan kewujudan Tugu Negara ini, tetapi sejauh mana kita menghayati dan mengetahui kisah disebalik kemegahan Tugu tersebut di negara kita?

Seperti mana yang kita tahu bahawa Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara ini dibina untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada perajurit yang telah terk0rban dalam perang dunia.

Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 tahun, berikut merupakan beberapa fakta menarik disebalik Tugu Negara yang dikongsikan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi laman Twitter rasmi mereka.

Tugu Negara ini mula dibina sejak tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966 sempena memberi satu penghormatan kepada lebih 11,000 ribu parajurit yang gugur dalam medan Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa darurat (1948-1960).

Dibina dengan ketinggian 15 meter dan diperbuat daripada gangsa dan direka oleh Felix de Weldon. Beliau merupakan seorang pegukir dari Austria. Tugu Negara ini juga merupakan arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Tujuh patung yang dibina tersebut melambang sifat pemimpin, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pergorbanan dalam menghadapi musuh.

Bagaimanapun, pada tanggal 6 Ogos 1975 Tugu Negara ini rosak sebahagiannya akibat diletupkan oleh pengganas Komunis pada ketika itu.


Jika anda dapat lihat pada foto yang dikongsikan ini, terdapat satu tulisan yang cukup memberi makna di Tugu Negara ini iaitu “Demi memperingati wira-wira yang menjaga keamanan dan kebebasan. Semoga mereka dirahmati Allah.”

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close