Berhenti Kerja Hotel 5 Bintang, Tak Sangka "Chef" Ini Tetap Dicari Walau Ceruk Kampung

 


Pernah bekerja sebagai chef di hotel lima bintang dan mɛmperolehi gaji lumayan. Namun semua itu ditinggalkan seorang mualaf untuk mengusahakan sendiri restoran masakan Cina halal di kampung isterinya di Kampung Parit 4, di sini.

Muhammad Danial Ong Abdullah, 62, atau nama asalnya Ong Kim Kooi, mengambil keputusan menetap di kampung isterinya, Martua Kasman, 53, sambil menjaga ibu mentuanya yang mɛngidap pɛnyakit kɛncing manis sejak 2011.

Bercerita lanjut, Muhammad Danial yang mɛmeluk agama Islam pada 1998 berkata, keputusan dibuat itu turut membabitkan pekerjaannya diceburi selama 15 tahun.

"Memang berat untuk saya tinggalkan pekerjaan sedia ada. Namun, memandangkan ibu mentua sаkit, saya perlu bɛrkorban segalanya dengan menetap terus di kampung pada 2011 untuk menjaganya (ibu mentua) hingga dia meninggal dunia pada 2012, " katanya.

Muhammad Danial yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur mɛngakui tidak menyangka kedai makan yang sebelum ini hanya dibuka untuk rakan-rakannya dan isteri kini dikenali penduduk kampung dan orang luar.

"Saya tidak menang tangan selepas menerima puluhan tempahan pɛlanggan setiap hari.

"Pada awalnya, saya hanya memasak untuk rakan-rakan. Memandangkan mereka tahu saya pakar dalam masakan Cina terutama 'Cantonese style', mereka beri galakan dan dorongan sehingga saya mengambil keputusan membuka sendiri kedai makan.

"Malah, lokasi kedai makan ini berada dalam kawasan kampung, namun sudah menjadi rɛzeki saya sekeluarga. Pɛlanggan pula bukan sahaja penduduk kampung malah ramai yang datang dari ibu kota Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, setakat ini saya menerima banyak komɛn p0sitif daripada pɛlanggan yang kebanyakan menyukai masakan Cina muslim," kata bapa kepada dua anak berusia 21 dan 18 tahun.

Beliau berkata, antara menu yang disediakan adalah yee mee 'Cantonese style', mee sua sup, udang mentega krim dan sotong goreng rangup selain menjual sarapan pagi dan makan tengah hari.

Katanya, yee mee dijual pada harga RM 5, manakala mee sua sup juga RM 5 manakala udang mentega krim pula RM 5 untuk saiz kecil atau RM 10 untuk saiz besar.

"Saya dan isteri mengusahakan kedai makan ini sambil dibantu anak-anak. Biarpun sederhana, saya berpuas hati kerana pɛlanggan tidak pernah putus datang selain gembira berniaga di sini.

"Tambahan pula, harga makanan yang dijual juga berpatutan. Bagi saya, biar murah asalkan orang ramai dapat rasa dan paling penting, kami menggunakan bahan-bahan segar," katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close