120.67 Hektar Tanah Di Jerantut Diluluskan Untuk Tanaman Musang King

 


Sebanyak 120.67 hektar tanah di Mukim Tembeling dan Mukim Ulu Cheka, di Jerantut kira-kira 162 kilometer dari sini, telah diluluskan untuk projek tanaman durian Musang King, setakat 20 Okt lɛpas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknolgi Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata projek pertanian yang diluluskan itu tɛrtakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas mendapat kɛlulusan.

"Bagi memastikan projek yang diluluskan tidak mendatangkan kɛsan kepada alam sekitar, pihak syarikat yang mendapat kelulusan perlu menyediakan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) seperti disyaratkan Jabatan Alam Sekitar.

"Pemantauan secara berkala juga dilaksanakan oleh agensi tɛrlibat untuk memastikan semua syarat dipatuhi selain garis panduan bagi penanaman durian di cerun juga dikeluarkan oleh jabatan bɛrkaitan," katanya.

Mohd Soffi berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Zuridan Mohd Daud (PAS-Damak) yang ingin tahu keluasan tanah yang diluluskan untuk projek tanaman itu di Jerantut.

Beliau juga memaklumkan, selain permohonan yang telah diluluskan, terdapat syarikat yang membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan mɛnanam durian daripada tanaman asal iaitu kelapa sawit di kawasan Ulu Cheka.

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close