Amarаn Cuaca Waspada, Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Buah Negeri

 


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amarаn cuaca waspada di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 23 November 2020.

Amarаn cuaca waspada yang dikeluarkan pada jam 2:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat sehingga 23 November 2020 ini:

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor: (Tangkak, Segamat dan Muar)

Bagi kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat bermula 22 November 2020 sehingga 23 November 2020 pula adalah seperti berikut:

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang hendak keluar dari rumah dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai hujan lebat sehingga 23 November 2020 ini.

Dikuasakan oleh Blogger.
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close