Rahsia Maksud Sebenar Nama 12 Bulan Mengikut Kalendar


Rahsia Maksud Sebenar Nama 12 Bulan Mengikut Kalendar

Tahukah anda apakah maksud sebenar nama 12 bulan mengikut kalendar? Ramai yang hanya tahu nama bulan tetapi tidak ramai yang tahu maksud sebenar nama 12 bulan mengikut kalendar. Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai maksud sebenar nama 12 bulan mengikut kalendar.


Takwim Hijrah

Takwim Hijrah atau Takwim Islam adalah merupakan takwim yang digunakan di kebanyakkan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran umat Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai 354 hari setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil daripada ilham Saidina Umar Al-Khattab r.a. Ini adalah tuntutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam di zamannya.

Maksud 12 Bulan Islam

Muharam - Diambil daripada perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini.

Safar - Bermaksud tiupan angin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal - Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiulakhir - Bulan kedua musim bunga.

Jamadilawal - Bulan pertama musim panas. "Jamada" bermaksud kering.

Jamadilakhir - Bulan kedua musim panas. Jamada, juga membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab - Salah satu bulan suci yang mengharamkan peperangan. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab berada di tengah-tengah.

Syaaban - Bula ini terbit dari perkataan "Syu'ba" yang bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadan - Diambil daripada perkataan "Ramda" yang bermaksud batu panas. Ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal - Membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah - Diambil daripada perkataan "Qa'ada" yang bermaksud, untuk duduk. Bulan suci yang ketiga yang mengharamkan peperangan. Kebanyakkan orang mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka dan bersedia untuk menunaikan haji.

Zulhijah - Bulan suci terakhir dan dilarang berperang, bulan haji. Perkataan "Haji" sebagai rujukan nama bagi bulan ini.



Kalendar Gregory

Kalendar Gregory adalah merupakan takwim yang paling banyak digunakan hampir di seluruh dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.

Maksud 12 Bulan Mengikut Kalendar Gregory

Januari - Asalnya nama Januari ialah daripada nama dewa Rom Janus, iaitu dewa pintu.

Februari - Februari dinamakan bersempena nama dewa Rom Februus, dewa penyucian.

Mac - Mac dinamakan bersempena nama dewa Rom Mars, dewa perang.

April - Nama "April" berasal daripada bahasa  Latin aprilis, sama ada dari perkataan Latin aperire yang bermaksud "membuka", kemungkinan merujuk kepada pokok-pokok  berkembang pada musim bunga, ataupun daripada nama AphoditelApru, dewi cinta orang Yunani.

Mei - Berasal dari nama dewi kesuburan orang Yunani, Maia.

Jun - Berasal dari nama dewi Rom Juno.

Julai - Dinamakan Julai kerana Julius Caesar dilahirkan pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis, yang bermaksud "Kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya kalendar Rom bermula pada bulan Mac.

Ogos - Dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan julai. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bermaksud "Keenam" dalam bahasa Latin.

September - Berasal dari bahasa Latin, Septem yang bermaksud "Ketujuh". September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

Oktober - Berasal dari bahasa Latin, Octo yang bermaksud "Kelapan". Oktober merupakan bulan kelapan dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

November - Berasal dari bahasa Latin, Novem yang bermaksud "Kesembilan". November merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

Disember - Berasal dari bahasa Latin, Decem yang bermaksud "Kesepuluh". Disember merupakan bulan yang kesepuluh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.
Dikuasakan oleh Blogger.