Resepi Kuih Semperit


Kuih Semperit

Kuih Semperit adalah kuih yang sangat diminati ramai dari dulu hingga sekarang kerana rasanya yang sedap.

Resepi Kuih Semperit

Bahan-bahan:

Buttercup - 375gram (1 1/2 blok)
Tepung gandum - 1 1/2 cawan
Tepung kastad - 1 cawan
Tepung jagung - 2 1/2 cawan
Kuning Telur - 2 biji
Esen Vanilla - 1 sudu kecil
Gula - 1 1/2 cawan

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
2. Ayak tepung jagung, kastad, gandum supaya tepung tidak berbiji.
3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang).
4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata menggunakan spatula atau senduk.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepanjang 4cm di atas dulang pembakar.
7.  Bakar di dalam ketuhar bersuhu di atas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Dikuasakan oleh Blogger.