Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Ungku Omar (PUO)


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Ungku Omar (PUO)

Politeknik Ungku Omar (PUO) telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP).

UNESCO telah dipertanggungjawab untuk merancang dan pembinaan Politeknik Ungku Omar di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.

Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi. Politeknik Ungku Omar terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (Dahulu dikenali Jalan Diary), Ipoh, Perak.


Berikut adalah senarai program yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar (PUO).

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan (Penyaman Udara dan Penyejukbekuan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik


  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik


JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

  • Diploma Lanjutan Rangkaian
  • Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan Maklumat)


JABATAN PERDAGANGAN

  • Diploma Lanjutan Akauntasi
  • Diploma Lanjutan Keusahawanan
  • Diploma Lanjutan Pengurusan Harta (Islam)
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Akauntasi
  • Diploma Kewangan & Perbankan
  • Diploma Pengurusan Peruncitan
  • Diploma Kewangan & Perbankan Islam


  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran


JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

  • Sijil Kemahiran Pembinaan


  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Geomatik


  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian


JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN

  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan
Dikuasakan oleh Blogger.