Resepi Ais Krim Blueberry Homemade


Resepi Ais Krim Blueberry Homemade

Bahan-Bahan:

- 2 cawan krim - whipped cream.
- 1 cawan susu pekat.
- 1 cawan blueberry (yang telah dibekukan dan dikisar kasar).
- 1/2 cawan yogurt (mengikut citarasa).

Cara Membuat:

1. Masukkan krim ke dalam mangkuk dan kisarkan dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi 'whipped' atau kembang.

2. Masukkan susu pekat dan pukul sehingga ia menjadi tebal.

3. Masukkan yogurt ke dalam aiskrim dan gaul sehingga sebati.

4. Masukkan buah blueberry yang telah dikisar kasar ke dalam adunan dan gaul rata.

5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan biarkan beberapa jam di dalam freezer.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.