Senarai Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


Senarai Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Pangkat Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti Pemerintah Tertinggi (Marsyal Tentera Udara), Pegawai Tinggi (Brigedier Jeneral), Pegawai Kanan (Mejar hingga Kolonel), Pegawai Muda (Leftenan Muda hingga Kapten), dan Pegawai Kadet.

Marsyal Tentera Udara atau Marsyal TUDM ialah pangkat tertinggi di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Marsyal Tentera Udara dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah menjadi Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera layak memegang pangkat tertinggi bertaraf lima bintang dalam Tentera Udara Diraja Malaysia ini.

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (PTU) yang berpangkat Jeneral. Jeneral ialah pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia yang mempunyai empat bintang dan ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain seperti Jeneral dan Laksamana.

Bagi kumpulan Lain-lain Pangkat pula seperti Pegawai Waran (Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II), dan Pegawai Tanpa Tauliah (Perajurit Muda hingga Flait Sarjan). Berikut adalah senarai pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

PEGAWAI

Marsyal Tentera Udara

Jeneral

Leftenan Jeneral

Mejar Jeneral

Brigedier Jeneral

Kolonel

Leftenan Kolonel

Mejar

Kapten

Leftenan

Leftenan Muda

Pegawai Kadet
(Tiada)

LAIN-LAIN PANGKAT

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Flait Sarjan

Sarjan Udara

Koperal Udara

Laskar Udara Kanan

Laskar Udara Kelas Pertama
(Tiada)

Laskar Udara Kelas Kedua
(Tiada)

Perajurit Muda
(Tiada)
Dikuasakan oleh Blogger.