Senarai Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


Senarai Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Pangkat Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti Pemerintah Tertinggi (Laksamana Armada), Pegawai Tinggi (Laksamana Pertama hingga Laksamana), Pegawai Kanan (Leftenan Komander hingga Kapten), Pegawai Muda (Leftenan Muda hingga Leftenan), dan Pegawai Kadet (Pegawai Kadet dan Kadet Kanan).

Laksamana Armada ialah pangkat tertinggi di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pangkat Laksamana Armada dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah menjadi Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera layak memegang pangkat tertinggi bertaraf lima bintang dalam Tentera Laut Diraja Malaysia ini.

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Laut (PTL) yang berpangkat Laksamana. Laksamana ialah pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia yang mempunyai empat bintang dan ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain seperti Jeneral.

Bagi kumpulan Lain-lain Pangkat pula seperti Pegawai Waran (Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II), dan Pegawai Tanpa Tauliah (Perajurit Muda hingga Bintara Kanan). Berikut adalah senarai pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

PEGAWAI

Laksamana Armada

Laksamana

Laksamana Madya

Laksamana Muda

Laksamana Pertama

Kapten

Komander

Leftenan Komander

Leftenan

Leftenan Madya

Leftenan Muda

Kadet Kanan

Pegawai Kadet

LAIN-LAIN PANGKAT

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Bintara Kanan

Bintara Muda

Laskar Kanan

Laskar Kelas I

Laskar Kelas II

Laskar Muda

Perajurit Muda
(Tiada)
Dikuasakan oleh Blogger.