Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Komuniti Hulu Langat


Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Komuniti Hulu Langat

Kolej Komuniti Hulu Langat adalah merupakan salah satu Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia. Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau Institut Pengajian Tinggi yang lain.


Berikut adalah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Hulu Langat

KURSUS SEPENUH MASA

Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)

  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Sijil Pengoperasian Perniagaan


Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Pengoperasian Perniagaan
  • Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara


Diploma

Diploma in Customer Service Management
Dikuasakan oleh Blogger.