Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Komuniti Kuala Terengganu


Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah merupakan salah satu Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia. Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau Institut Pengajian Tinggi yang lain.


Berikut adalah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu

KURSUS SEPENUH MASA

Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)

  • Sijil Pemasangan Elektrik
  • Sijil Servis Kenderaan Ringan
  • Sijil Teknologi Pembinaan
  • Sijil Fesyen dan Pakaian
  • Sijil Lukisan Pelan Senibina
  • Sijil Jahitan Kreatif


Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

  • Sijil Pemasangan Elektrik
  • Sijil Servis Kenderaan Ringan
  • Sijil Teknologi Pembinaan
  • Sijil Fesyen dan Pakaian
  • Sijil Lukisan Pelan Senibina
  • Sijil Jahitan Kreatif

0 comment... add one now