Senarai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG)


Senarai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah. Semua Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGK) dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya.

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Institut Pendidikan Guru Malaysia mempunyai 27 IPG Kampus cawangan tidak termasuk English Language Teaching Centre (ELTC) kerana ELTC ditadbir secara berasingan. Boleh dikatakan IPG Kampus mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia.

Senarai Institut Pendidikan Guru Malaysia

  • IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • IPG Kampus Kota Bharu
  • IPG Kampus Pulau Pinang
  • IPG Kampus Dato' Razali Ismail
  • IPG Kampus Raja Melewar
  • IPG Kampus Batu Lintang
  • IPG Kampus Tuanku Bainun
  • IPG Kampus Sultan Abdul Halim
  • IPG Kampus Bahasa Melayu
  • IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  • IPG Kampus Darulaman
  • IPG Kampus Perlis
  • IPG Kampus Ipoh
  • IPG Kampus Ilmu Khas
  • IPG Kampus Sultan Mizan
  • IPG Kampus Pendidikan Islam
  • IPG Kampus Pendidikan Teknik
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
  • IPG Kampus Tun Hussien Onn
  • IPG Kampus Rajang
  • IPG Kampus Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak
  • IPG Kampus Tawau
  • IPG Kampus Gaya
  • IPG Kampus Keningau
  • IPG Kampus Kent

0 comment... add one now