Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Jitra


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Jitra

IKBN Jitra adalah merupakan sebuah institut kemahiran yang terletak di Jitra, Kedah. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.


Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Jitra.

JURUSAN MEKANIKAL

  • Kimpalan
  • Tool n Die (Alatan dan Acuan)


JURUSAN ELEKTRIKAL

  • Pendawaian Elektrik
  • Penyejuk Bekuan (Aircond)


JURUSAN TEKSTIL

  • Rekaan Batik
  • Pembuat Pakaian Wanita


JURUSAN AUTOMOTIF

  • Penyelenggaraan Kereta
  • Penyelenggaraan Motosikal

0 comment... add one now