Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Pagoh


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Pagoh

IKBN Pagoh adalah merupakan sebuah institut kemahiran yang terletak di Pagoh, Muar, Johor. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.


Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Pagoh.

PEMESINAN AM

  • Tahap 1 Pemesinan Am
  • Tahap 2 Pemesinan 'CNC'
  • Tahap 3 Juruteknik Pemesinan 'Computer Numerical Control' (CNC)
  • Tahap 4 Penolong Jurutera Pembuatan - CAD/CAM
  • Tahap 5 Jurutera Pembuatan - CAD/CAM


ALATAN DAN ACUAN

  • Tahap 1 Pemesinan Am
  • Tahap 2 Pembuat Perkakasan - Alat Tekan
  • Tahap 3 Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan
  • Tahap 4 Pembantu Jurutera Peralatan


KIMPALAN

  • Tahap 1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  • Tahap 2 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
  • Tahap 3 Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
  • Tahap 4 Pembantu Jurutera Pembinaan (Fabrikasi)
  • Tahap 5 Jurutera Pembinaan (Fabrikasi)


MEKANIK INDUSTRI

  • Tahap 1 Mekanik Industri
  • Tahap 2 Mekanik Industri
  • Tahap 3 Juruteknik Industri
  • Tahap 4 Pembantu Jurutera Pembinaan & Penyelenggaraan Mesin
  • Tahap 5 Jurutera Pembinaan & Penyelenggaraan Mesin
Dikuasakan oleh Blogger.