Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Kinarut


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Kinarut

IKBN Kinarut adalah merupakan sebuah institut kemahiran yang terletak di Kinarut, Papar, Sabah. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.


Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kinarut.

TEKNOLOGI AWAM

  • Jurubina Bangunan Tahap 1 & 2
  • Jurubina Bangunan Tahap 3
  • Pelukis Pelan Senibina Tahap 1 & 2
  • Pelukis Pelan Senibina Tahap 3


TEKNOLOGI ELEKTRIK

  • Penyejukbekuan  & Penyaman Udara Domestik
  • Penyejukbekuan  & Penyaman Udara Komersial
  • Pendawaian Elektrik Satu Fasa PW2
  • Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4
  • Penjaga Jentera Elektrik A1
  • Penjaga Jentera Elektrik A4 Pengalaman
Dikuasakan oleh Blogger.