Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Chembong


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Chembong

IKBN Chembong adalah merupakan sebuah institut kemahiran yang terletak di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.


Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Chembong.

JABATAN PENGAJIAN LANJUTAN DAN UMUM

  • Diploma Lanjutan Teknologi Automotif
  • Diploma Teknologi Automotif


JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF

  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif - Penyelenggaraan Kereta
  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif - Penyelenggaraan Jentera Berat
  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif - Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif - Semburan Cat
  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif - Pengetukan Panel


JABATAN TEKNOLOGI AWAM

  • Sijil Lanjutan Teknologi Awam - Penyelia Awam dan Struktur
  • Sijil Lanjutan Teknologi Awam - Lukisan Senibina
  • Sijil Lanjutan Teknologi Awam - Landskap Pembinaan
  • Sijil Teknologi Awam - Binaan Bangunan
  • Sijil Teknologi Awam - Jurupernacah (Tubular)
  • Sijil Teknologi Awam - Pengendalian Kren Menara
Dikuasakan oleh Blogger.