Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Wakaf Tapai


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Wakaf Tapai

IKBN Wakaf Tapai adalah merupakan sebuah institut kemahiran yang terletak di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.


Berikut adalah kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN Wakaf Tapai.

JABATAN TEKNOLOGI AWAM

  • Sijil Teknologi Awam (Pemasangan Paip) SKM 2
  • Sijil Teknologi Awam (Penyelenggaraan Bangunan) SKM 2
  • Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip) SKM 3


JABATAN ELEKTRIK

  • Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa - PW2) - PST
  • Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa - PW4) - PST


JABATAN MEKANIKAL

  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan) SKM 3
  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) SKM 3


JABATAN TEKNOLOGI APPAREL

  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita) SKM 3
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki) SKM 3
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen & Pakaian) SKM 4
Dikuasakan oleh Blogger.