Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Ledang


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Ledang

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, Johor merupakan salah satu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. ILP adalah sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran.

ILTJM ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang teknologi dan terkini sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan.

Objektif utama ILJM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. ILP menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan serta diploma.


Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di ILP Ledang.

KURSUS SEPENUH MASA

  • Sijil Teknologi Pemesinan CNC
  • Sijil Teknologi Plastik
  • Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Mould)
  • Sijil Teknologi Kimpalan Arka & Gas
  • Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
  • Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  • Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)

0 comment... add one now