Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Mersing


Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Mersing

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, Johor merupakan salah satu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. ILP adalah sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran.

ILTJM ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang teknologi dan terkini sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan.

Objektif utama ILJM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. ILP menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan serta diploma.


Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di ILP Mersing.

KURSUS SEPENUH MASA

Mekanikal & Pengeluaran

  • Sijil Teknologi Kimpalan Arka & Gas
  • Sijil Teknologi Automotif
  • Diploma Teknologi Automotif


Elektrikal & Elektronik

  • Sijil Teknologi Elektrikal
  • Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Komersial)


Teknologi Komputer & Maklumat

  • Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)
  • Sijil Teknologi Telekomunikasi
  • Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)
Dikuasakan oleh Blogger.