Jumlah Bayaran BR1M 2017


Jumlah Bayaran BR1M 2017

Menerusi pembentangan Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 21 Oktober lalu, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga termasuk di dalam Bajet 2017. Jumlah pemberian BR1M bagi tahun 2017 dinaikkan bagi semua kategori penerima. Kenaikan jumlah bantuan tersebut adalah dari RM50 sehingga RM200.

1. Kategori e-Kasih
Bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200 (Kadar kenaikan sebanyak RM150).

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3,000
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200 (Kadar kenaikan sebanyak RM200).

3. Kategori Pendapatan RM3,000 Hingga RM4,000
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 (Kadar kenaikan sebanyak RM100).

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000
Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 (Kadar kenaikan sebanyak RM50).

Jumlah Bayaran BR1M Bagi Tahun 2017

1. Kategori e-Kasih - (RM1,200)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3,000 - (RM1,200)
3. Kategori Pendapatan RM3,000 Hingga RM4,000 - (RM900)
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000 - (RM450)

0 comment... add one now