Maksud Simbol (TM) & (R) Pada Logo


Maksud Simbol (TM) & (R) Pada Logo

Sudah pasti anda semua pernah melihat logo yang mempunyai simbol seperti TM dan R dalam bulatan dan lain-lain lagi. Logo tertentu sahaja yang mempunyai simbol TM dan juga R. Kedudukan simbol tersebut biasanya terletak pada hujung tepi logo dan saiznya kecil sahaja.

Simbol tersebut sebenarnya mempunyai maknanya tersendiri dan bukannya diletakkan tanpa sebab atau untuk sekadar hiasan semata-mata. Bagi mereka yang perasan adanya simbol seperti TM dan juga R pada logo yang dilihat sudah pasti akan tertanya-tanya apa makna simbol tersebut.

Simbol (TM) biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Simbol ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan.

Simbol (R) pula ialah simbol yang menunjukkan sesuatu logo atau cap dagangan telah mendapat kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Untuk menggunakan simbol ini, pemilik logo mestilah telah mendapat sijil pendaftaran daripada pihak pendaftar.

Simbol

™ singkatan Trade Mark
® singkatan Registered Mark
© singkatan Copyright
℠ singkatan Service Mark
Dikuasakan oleh Blogger.