Beza Gelaran Dato' Dan Datuk


Beza Gelaran Dato' Dan Datuk

Di Malaysia terdapat banyak gelaran seperti Dato', Datuk, Dato' Seri, Datuk Seri, Tan Sri dan Tun yang dikurniakan kepada seseorang yang telah berjasa dan berbakti kepada negara. Sebenarnya gelaran Dato' dan Datuk mempunyai perbezaan walaupun bunyinya agak sama dan ejaannya juga tidak sama.

Tahukah anda apakah perbezaan antara gelaran Dato' dan Datuk? Untuk pengetahuan semua berikut adalah sedikit penerangan mengenai perbezaan antara gelaran Dato' dan Datuk.

Dato'

Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak dan Sabah.

0 comment... add one now