Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Politeknik kebiasaannya menjadi institusi pengajian tinggi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) adalah di antara salah sebuah daripada berpuluh politeknik yang terdapat di Malaysia. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz dikategorikan sebagai Politeknik Premier iaitu politeknik yang setanding dengan universiti.

Kebanyakkan program pengajian yang ditawarkan di politeknik adalah di peringkat diploma tetapi ada juga politeknik yang menawarkan program pengajian di peringkat sijil dan juga ijazah sarjana muda. Program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz adalah di peringkat sijil, diploma dan juga ijazah sarjana muda. Politeknik telah melahirkan ramai graduan berkualiti yang diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan di negara ini.

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik bolehlah membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi UPU Online yang dibuka pada tarikh yang ditetapkan setiap tahun bagi pengambilan pelajar politeknik atau boleh rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik. Pemohon boleh memilih program pengajian mana yang menjadi pilihan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik. Untuk melihat senarai penuh politeknik serta program pengajian yang ditawarkan anda boleh rujuk Senarai Program. Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Senarai Program Pengajian

Sijil Penyenggaraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteran Perkhidmatan Bangunan
Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
Diploma Insurans
Diploma Pemasaran
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Perniagaan Antarabangsa
Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian

0 comment... add one now