Biodata Hannah Delisha


Biodata Hannah Delisha

Adakah anda mengenali siapa pemilik nama Hannah Delisha? Memiliki rupa paras yang cantik dan comel sudah pasti menarik perhatian ramai. Nama Hannah Delisha mula popular dan melonjak naik selepas membintangi drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer bergandingan dengan Syafiq Kyle. Di samping memiliki wajah yang comel, gadis yang berasal dari Singapura ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan.


Biodata Hannah Delisha

Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Komersial: Hannah Delisha
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk

Perkara Menarik Mengenai Hannah Delisha

1. Hannah Delisha merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan adik-beradiknya Mia Delisha.

2. Hannah Delisha menyukai makanan Melayu seperti masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal.

3. Hannah Delisha pandai bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol, Cina selain fasih berbahasa Melayu.

4. Ibu Hannah Delisha adalah seorang penyanyi di zaman 80-an iaitu Noor Ashikin Ahmad yang lebih mesra dipanggil 'Kakcik Wujud'.

5. Hannah Delisha pernah memenangi anugerah 'Personaliti Wanita Paling Popular' pada Pesta Perdana ke-14 pada tahun 2017.

0 comment... add one now