Program Yang Ditawarkan Di IKM Sik


Program Yang Ditawarkan Di IKM Sik

Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Sik menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Sik adalah di peringkat sijil. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Sik berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Sik.

Senarai Program

Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Rekabentuk Grafik
Sijil Landskap

0 comment... add one now