Program Yang Ditawarkan Di ILP Bukit Katil


Program Yang Ditawarkan Di ILP Bukit Katil

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil adalah seperti berikut:

Senarai Program

Teknologi Penyenggaraan Mekanikal
Teknologi Kimpalan
Teknologi Elektrik
Teknologi Intrumen Perindustrian
Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Polimer (Plastik)

0 comment... add one now