Program Yang Ditawarkan Di ILP Kota Bharu


Program Yang Ditawarkan Di ILP Kota Bharu

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bahru adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Sijil Teknologi Automotif
Sijil Teknologi Kimpalan Arka & Gas
Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
Sijil Teknologi Binaan (Bangunan)
Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot
Diploma Teknologi Binaan

Dikuasakan oleh Blogger.