Program Yang Ditawarkan Di KKTM Balik Pulau


Program Yang Ditawarkan Di KKTM Balik Pulau

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Balik Pulau merupakan salah sebuah Kolej Kemahiran Tinggi (KKTM) yang terdapat di seluruh negara. KKTM adalah institut pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dengan kewujudan KKTM ini sekaligus memberikan peluang kepada belia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelbagai program pengajian yang ditawarkan di KKTM Balik Pulau. Program pengajian yang ditawarkan di KKTM Balik Pulau adalah di peringkat diploma. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di KKTM Balik Pulau, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di KKTM Balik Pulau.

Senarai Program

Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntik Plastik)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)

Dikuasakan oleh Blogger.