Program Yang Ditawarkan Di KPTM Kota Bharu


Program Yang Ditawarkan Di KPTM Kota Bharu

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu adalah di antara salah sebuah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang terdapat di seluruh negara. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) adalah sebuah Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Terdapat 8 buah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan sebuah Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) di seluruh negara.

Pelbagai jenis program pengajian yang ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) termasuklah program pengajian di peringkat Sijil Asasi, Diploma, Profesional, Ijazah, Sarjana, dan Doktor Falsafah. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej Poly-Tech MARA, sebagai rujukan berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu.

Senarai Program

Diploma in Accounting
Diploma in Business Management
Diploma in Tourism Management
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Diploma in Agro Technology
Diploma Kejururawatan

Dikuasakan oleh Blogger.