Mr Boss Miss Stalker



Drama Mr Boss Miss Stalker merupakan drama yang diadaptasi dari novel Mr Boss Miss Stalker karya Aesya Azahar. Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini diarahkan oleh Heykal Hanafiah.

Drama Mr Boss Miss Stalker mula ditayangkan pada 22 April 2016 di saluran TV3 menerusi slot Dahlia. Drama ini bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 7.00 malam. Drama Mr Boss Miss Stalker dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sebagai watak utama.


Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sarah menjadi serba salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya adalah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malah Sara juga percaya Hariz adalah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Liyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zhafran telah melamarnya. Adakah akan berterus terang atau meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz? Saksikan sendiri apa kesudahannya.

Dikuasakan oleh Blogger.