Pembunuhan Tragis... Saat Pilu Keluarga Melihat Jenazah Enno Buat Kali Terakhir


Suasana pilu di bilik mayat ketika keluarga serta para doktor menatap wajah Enno buat kali terakhir, kejadian pembunuhan tragis itu mengejutkan seluruh Indonesia serta negara jiran dan sudah tersebar satu dunia.


Tiga lelaki iaitu Rahmat, Imam dan Arif yang merogol serta membunuh Enon adalah lelaki yang jatuh hati serta mempunyai perasaan cinta terhadap si mati. Rintihan mangsa langsung tidak diendahkan oleh ketiga-tiga pelaku malah salah seorang dari mereka terus menusuk batang cangkul ke dalam kemaluan mangsa sehingga menembusi perut, paru-paru serta hampir mengenai jantung mangsa.


-Rahmat 16, mengaku merogol mangsa dan memasukkan batang cangkul dan menendangnya hingga masuk ke dalam kemaluan mangsa.

Motif pembunuhan: Selalu ditolak mangsa berhubungan intim.

-Arif 24, mengaku mencangkul leher mangsa dan menggigit payudaranya serta memegang kaki mangsa saat batang cangkul dimasukkan.

Motif pembunuhan: Cintanya ditolak banyak kali.

-Imam Harpiadi 24, menggunakan bantal mendekap mangsa dan menyayat wajah mangsa menggunakan sudu garpu.

Motif pembunuhan: Selalu diperli kerana memiliki wajah yang buruk dan cintanya ditolak.

Waktu kejadian adalah pada Khamis (12/5/2016) pukul 23.30 malam Jumaat.

Polda Metro Jaya, Kombes Pol Krishna Murti mengatakan ketiga pelaku menyukai mangsa dan mendekatinya namun ditolak.

"Berdasarkan bukti keterangan, ketiganya berusaha melakukan pendekatan pada mangsa, tapi mangsa tidak mahu," katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.