Biodata Feiyna Tajudin


Biodata Feiyna Tajudin

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa wanita cantik yang memainkan watak Rabiatul Adawiyah dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz di slot Akasia TV3. Pelakon yang memainkan watak Rabiatul Adawiyah ini adalah Feiyna Tajudin. Siapa pun akan tertarik melihat lakonan Feiyna Tajudin sebagai Rabiatul Adawiyah seorang wanita yang lemah lembut dan sopan dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz, Feiyna Tajudin memainkan watak sebagai Rabiatul Adawiyah iaitu kekasih hati Kapten Mukhriz semasa di UIA yang menghilangkan diri dan terjumpa semula di majlis reunion pelajar UIA membuatkan isteri kepada Kapten Mukhriz iaitu Ariana cemburu. Menerusi watak Rabiatul Adawiyah itu Feiyna Tajudin berjaya menarik perhatian ramai penonton.

Sebelum ini Feiyna Tajudin juga pernah berlakon dalam drama Cinta Teruna Kimchi juga sebagai pelakon pembantu yang memainkan watak tambahan. Feiyna Tajudin juga pernah muncul di kaca TV menerusi iklan raya iaitu Raya bersama Si Comel Smart Heart 2016. Gambar Feiyna Tajudin


Nama : Feiyna Tajudin
Kerjaya : Actress, TVC Talent, MUA, Emcee
Drama : Memori Cinta Suraya, Cinta Teruna Kimchi, Menongkah Kasih, Tersuka Tanpa Sengaja, Cinta Tangkap Muat, Sayangku Kapten Mukhriz, Lelaki Macam Dia
Film : Putera Makassar
Dikuasakan oleh Blogger.