Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2016


Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2016

Jadual waktu peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2016 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Kementerian Pendidikan Malaysia. PT3 merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik pelajar peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dilaksanakan dengan menggunakan 3 jenis instrumen iaitu:

1. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) - Kerja kursus melibatkan mata pelajaran Sejarah dan Geografi.

2. Ujian lisan (Bertutur dan mendengar) - Melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Ujian lisan bertutur dan mendengar), Hifz Al-Quran (Ujian lisan hafazan) dan Maharat Al-Quran (Ujian lisan tilawah).

3. Peperiksaan / Ujian bertulis - Melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science, Kemahiran Hidup Bersepadu dan Maharat Al-Quran.

Peperiksaan bertulis PT3 dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober hingga 13 Oktober 2016.

Kajian Kes Dan Ujian Lisan



Peperiksaan / Ujian Bertulis



Dikuasakan oleh Blogger.