Senarai Pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)


Senarai Pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Kumpulan Pegawai bermula dari Leftenan Muda Maritim hingga Laksamana Maritim manakala kumpulan Lain-lain Pangkat pula bermula dari Laskar Kelas II Maritim hingga Pegawai Waran I Maritim.

Laksamana Maritim adalah pangkat tertinggi di dalam perkhidmatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Penyandang pangkat Laksamana Maritim juga merupakan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Malaysia. Berikut adalah senarai pangkat di dalam perkhidmatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

PEGAWAI

Laksamana Maritim

Laksamana Madya Maritim

Laksamana Muda Maritim

Laksamana Pertama Maritim

Kapten Maritim

Komander Maritim

Leftenan Komander Maritim

Leftenan Maritim

Leftenan Madya Maritim

Leftenan Muda Maritim

LAIN-LAIN PANGKAT

Pegawai Waran I Maritim

Pegawai Waran II Maritim

Bintara Kanan Maritim

Bintara Muda Maritim

Laskar Kanan Maritim

Laskar Kelas I Maritim

Laskar Kelas II Maritim
Dikuasakan oleh Blogger.