Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)


Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Drama Suri Hati Mr Pilot merupakan drama yang diadaptasi dari novel Suri Hati Mr Pilot karya Dila Dyna. Drama Suri Hati Mr Pilot mula ditayangkan pada 10 Oktober 2016 di saluran Astro Ria. Drama terbitan Cube Film Sdn Bhd ini diarahkan oleh Michael Ang. Drama 16 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria.

Drama Suri Hati Mr Pilot menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama dan dibantu ramai lagi pelakon yang lain. Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria.

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad mengawini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Wanda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
Dikuasakan oleh Blogger.