Tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng (2016)


Tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng (2016)

Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Productions dan KRU Studios bakal ditayangkan di seluruh negara bermula pada 24 November 2016. Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup

Filem yang menelan belanja mencecah RM4 juta ini diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Erma Fatima dan Ainon Ariff ini menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Puteri Balqis dan turut dibintangi Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak.

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangant meminati watak animasi kembar kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa rumah anak yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan rumah anak yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin & Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Balqis saja nampak Upin & Ipin.

Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dulu turut menghadapi masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut Upin & Ipin muncul dan membuat persembahan hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.

Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie pula telah menandatangani kontark dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

Dikuasakan oleh Blogger.