Gambar Doktor Sunat Paling Cantik Di Dunia


Gambar Doktor Sunat Paling Cantik Di Dunia

Doktor sunat atau "Tok Mudim" biasanya adalah dikalangan lelaki, namun berlainan pula di Filipina apabila terdapat seorang doktor sunat wanita yang sangat cantik. Bukan setakat kecantikannya sahaja yang mengagumkan ramai netizen tetapi kerana kerjayanya sebagai pakar khatan.

Krestle Lailene Deomampo yang berasal dari Davao, Manila itu mula meraih populariti apabila gambarnya tersebar di dalam laman sosial Facebook ketika dia sedang menyunat pelajar lelaki di sebuah sekolah di negara itu.


Program khatan tersebut merupakan kerja amal yang dilakukannya di San Pedro National Highschool, Laguna, Filipina. Pada hari berkenaan, Krestle telah menyunat lebih 28 orang pelajar lelaki.

Malah gambar ketika dia sedang menyunat pelajar lelaki itu disebarkan oleh rakannya sendiri, Niquie Delgado, yang turut tertera kapsyen yang menjelaskan Krestle telah menyunat lebih 28 budak lelaki.


Majoriti netizen bersetuju Krestle layak digelar tukang khatan paling cantik di dunia dan lebih mengagumkan lagi, dia menggunakan kaedah konvensional (dorsumsisi) berbanding kaedah yang lebih moden iaitu penggunaan pancaran laser.

Sementara itu, Krestle sudah pernah melakukan khatan sejak masih menjadi jururawat di Ricardo Limso Medical Center. Namun setelah tamat pengajian di Davao Medical School Foundation dan secara rasminya menjadi doktor, Krestle masih lagi tetap menjadi tukang khatan.

Dikuasakan oleh Blogger.