Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017


Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017

Permohonan dan kemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 kini telah dibuka.bermula 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Bagi pemohon baru anda boleh membuat permohonan BR1M 2017 dan juga bagi penerima sedia ada anda boleh mengemaskini maklumat terkini untuk terus menerima BR1M 2017.

Pemohon baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali membuat permohonan BR1M atau pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ini dan sekiranya menepati kriteria dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan baru BR1M bagi tahun 2017.

Pembayaran BR1M 2017 dijangka akan dilakukan pada awal tahun 2017. Bagi penerima kategori individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 pembayaran akan dilakukan secara sekaligus manakala bagi kategori e-Kasih, isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pembayaran akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Permohonan BR1M 2017 Secara Online

Sila layari laman web e-BR1M

Permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih. Pemohon boleh mencetak dan menyimpan salinan permohonan sebagai rujukan.

Bagi penerima BR1M sedia ada anda tidak perlu mendaftar sekali lagi sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat terkini sahaja seperti alamat, maklumat anggota keluarga, akaun bank dan lain-lain maklumat yang berkaitan.

Menerusi bajet 2017 yang telah dibentangkan di Parlimen, Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan jumlah bayaran BR1M bagi tahun 2017 dinaikkan bagi semua kategori penerima. Kadar kenaikan bantuan tersebut adalah dari RM50 sehingga RM200 mengikut kategori.

1. Kategori e-Kasih
Bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200 (Kadar kenaikan sebanyak RM150).

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3,000
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200 (Kadar kenaikan sebanyak RM200).

3. Kategori Pendapatan RM3,000 Hingga RM4,000
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 (Kadar kenaikan sebanyak RM100).

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000
Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 (Kadar kenaikan sebanyak RM50).

Jumlah Bayaran BR1M Bagi Tahun 2017

1. Kategori e-Kasih - (RM1,200)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3,000 - (RM1,200)
3. Kategori Pendapatan RM3,000 Hingga RM4,000 - (RM900)
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000 - (RM450)
Dikuasakan oleh Blogger.