Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Kota Bharu


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Kota Bharu

Politeknik kebiasaannya menjadi institusi pengajian tinggi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Politeknik Kota Bharu (PKB) adalah di antara salah sebuah daripada berpuluh politeknik yang terdapat di Malaysia. Politeknik Kota Bharu dikategorikan sebagai Politeknik Konvensional.

Kebanyakkan program pengajian yang ditawarkan di politeknik adalah di peringkat diploma tetapi ada juga politeknik yang menawarkan program pengajian di peringkat sijil dan juga ijazah sarjana muda. Program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Kota Bharu adalah di peringkat diploma. Politeknik telah melahirkan ramai graduan berkualiti yang diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan di negara ini.

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik bolehlah membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi UPU Online yang dibuka pada tarikh yang ditetapkan setiap tahun bagi pengambilan pelajar politeknik atau boleh rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik. Pemohon boleh memilih program pengajian mana yang menjadi pilihan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik. Untuk melihat senarai penuh politeknik serta program pengajian yang ditawarkan anda boleh rujuk Senarai Program. Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Kota Bharu.

Senarai Program Pengajian

Diploma Kejuruteraan Awam
Diploma Ukur Bahan
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Diploma Akauntansi
Diploma Insurans
Diploma Pemasaran
Diploma Pengajian Perniagaan
Dikuasakan oleh Blogger.