Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Melaka


Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Melaka

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang terdapat di seluruh negara. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) merupakan sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM merangkumi ADTEC, JMTI dan juga ILP.

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sijil dan diploma dan program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi ADTEC. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ADTEC, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka.

Senarai Program

Teknologi Automotif
Teknologi Komputer (Sistem)
Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
Teknologi Telekomunikasi
Teknologi Mekatronik

Dikuasakan oleh Blogger.