Program Yang Ditawarkan Di IKM Kota Kinabalu


Program Yang Ditawarkan Di IKM Kota Kinabalu

Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu adalah di peringkat sijil dan juga diploma. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu.

Senarai Program

Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif
Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan
Sijil Senibina
Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan
Diploma Teknologi Automotif (4WD)
Diploma Kompotensi Elektrik (Pendawai PW4)

Dikuasakan oleh Blogger.