Resepi Kuih Talam Keladi Sedap


Resepi Kuih Talam Keladi Sedap

Kuih Talam adalah salah satu kuih yang digemari di Malaysia kerana kepelbagaian rasa dan bentuk serta jenis. Antara kuih talam yang diminati ramai adalah dari jenis talam tradisional dan moden iaitu talam jagung, talam pandan, talam pisang, talam berlauk, talam cendol, talam Tokyo, talam ubi, talam serunding dan banyak lagi. Bagi mereka yang meminati kuih talam berikut dikongsikan resepi kuih talam keladi yang sedap.

Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti bengkang ubi, kuih lapis, kuih seri muka dan pelbagai lagi.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.

Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual di kedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilih gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.

Resepi Kuih Talam Sedap

Bahan-Bahan

- 1 biji keladi
- 2 cawan santan
- 2 sudu tepung jagung
- 2 sudu tepung gandum
- 2 cawan gula
- 5 biji telur
- Pewarna ungu dan kuning
- Garam

Cara Membuat

1. Untuk lapisan bawah, rebus keladi hingga masak. Apabila empuk tumbuk sehingga halus.
2. Gaulkan bersama secawan santan, tepung gandum dan garam. Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
3. Untuk lapisan atas, gaulkan tepung jagung, telur, secawan santan dan gula sehingga sebati.
4. Warnakan 3/4 bahagian adunan dengan warna ungu manakala selebihnya dicampur pewarna kuning.
5. Tuang ke dalam lapisan bawah yang sudah dikukus tadi secara berselang-seli. Kukus sehingga masak.

Dikuasakan oleh Blogger.