Mana Nak Cari RM160,000? - Bakal Doktor

doktor
Jika gagal menjelaskan tunggakan bayaran pengajian sebanyak RM160,000 pada Februari ini, niat pemuda untuk menjadi seorang doktor bakal tergendala

Mohammad Nor Anuar Razali, 25, penuntut Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Zagazig di Mesir menghadapi dilema selepas buntu untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membiayai kos pengajiannya.

Jelasnya, dia akan bergraduat pada bulan Februari tahun depan(2020) mungkin tidak dapat menjadi doktor kerana universitinya mahukan bayaran penuh pengajian dilunaskan terlebih dulu.

“Saya hanya dapat bayar yuran pengajian bagi tahun pertama pengajian sahaja.

“Selebihnya masih lagi tertunggak kerana saya tidak dapat sebarang biasiswa mahupun pinjaman pengajian daripada mana-mana pihak.

“Memandangkan bapa saya hanya seorang pesara kerajaan, ibu tidak bekerja sudah pasti yuran pengajian tidak dapat dibayar setiap semester kerana sumber kewangan yang terhad,” katanya.

Dia yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu berkata keluarganya hanya bergantung kepada wang pencen bapa dan sebahagian diberikan kepadanya. Jelasnya lagi, dia berusaha menjual nasi lemak dan kuih kepada pelajar Malaysia di Zagazig bagi menampung kos pengajiannya.

Universiti memberi kelonggaran bagi pelajar meneruskan pengajian walaupun tidak melunaskan bayaran setiap semester, TETAPI menetapkan syarat yuran penuh perlu dilangsaikan untuk bergraduasi.

“Saya berharap ada pihak yang sudi bantu saya memberikan pinjaman kewangan bagi menjelaskan yuran dan akan membayarnya bila mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

“Banyak saluran sudah saya gunakan untuk mendapatkan bantuan hingga mengambil keputusan untuk menggunakan media sosial bagi membolehkan orang ramai membantu,” katanya.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin memberikan sumbangan kewangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 512101685065 atas nama Mohammad Nor Anuar Razali.

Ayuh sama-sama kita bantu Mohammad Nor Anuar Razali ini supaya dia dapat bergelar sebagai doktor nanti. Sumbangan anda sangat diperlukan dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung olehnya ketika ini.
Dikuasakan oleh Blogger.