Pakatan Nasional? Ini Kenyataan Tegas Pemimpin DAP Yang Ditunggu-tunggu

nga kor ming
Ketika beberapa parti di Malaysia mula bercerita mengenai kerajaan Pakatan Nasional, parti dari kerajaan seperti DAP kelihatan senyap dan tidak bercerita mengenai perkara tersebut. Ini adalah kerana DAP adalah parti yang tidak terlibat secara langsung dengan penubuhan Pakatan Nasional yang dicanang-canang semenjak beberapa hari ini.

Enggan berdiam diri lagi mengenai Pakatan Nasional, terbaru, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang.
Jelasnya lagi, pembentukan kerajaan berkenaan juga tidak sah di sisi moral kerana tanpa mendapat mandat rakyat.
“Sesiapa saja yang cuba membentuk kerajaan 'pintu belakang' tanpa mandat rakyat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah disisi moral dan undang-undang.
“Negara kita adalah negara demokrasi berparlimen. Aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak,” katanya melalui kenyataan di Twitter hari ini.
Hari ini beberapa parti besar dilihat 'sibuk' mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu di Malaysia.
pemimpin DAP
Spekulasi yang bertebaran tidak menolak kemungkinan fokus utama mesyuarat ada kaitan dengan isu peralihan kuasa Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Jumaat lalu yang sebulat suara menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan bila peralihan kuasa itu akan berlaku.
Bagaimanapun pemimpin dari parti politik antaranya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mengadakan pertemuan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam ini bertindak kunci mulut.

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi lagi mengenai Pakatan Nasional yang diwar-warkan sejak beberapa hari ini. Apa-apa pun keputusan dan pengumuman sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia tunggu. Mungkin sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.